Kementerian Kewangan (MOF) akan memulakan sesi libat urus dan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan di bawah kenyataan pra-belanjawan (PBS) bagi memastikan belanjawan yang menyeluruh serta holistik.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sekurang-kurangnya 400 agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat awam akan dipelawa untuk mengemukakan input serta memorandum mengenai Bajet 2023.